Hadith Pilihan Hari Ini...
Pedoman: Banyak pahala ibadat tapi muflis di akhirat
Pedoman: Banyak pahala ibadat tapi muflis di akhirat
SABDA Rasulullah SAW: “Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi ketika di dunia, mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim.
“Jika pahala amalnya habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya ketika di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa ada golongan yang menjadi muflis di akhirat dan mereka sebenarnya orang yang memiliki pahala, seperti pahala solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.
Namun, semua pahala ibadat mereka habis kerana digunakan sebagai membayar ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati atau dizalimi, selain dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi.
Alangkah ruginya golongan muflis ini kerana walaupun mempunyai pahala kerana mengerjakan ibadat dan bermacam kebaikan, akhirnya menjadi kosong kerana diambil oleh orang lain sebagai ganti rugi dengan sebab kesalahan terhadap orang lain atau kezaliman yang dilakukan.
Sebagai seorang yang mengaku Islam, kita harus bijak melayarkan kehidupan berdasarkan petunjuk dan panduan hadis serta al-Quran sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Infitaar, ayat 10 dan 11 yang bermaksud: “Padahal sesungguhnya, ada malaikat- malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu).”
Bagaimanapun, persoalannya pada hari ini, ada di kalangan kita yang kaya di dunia tetapi tidak bersedia untuk menghindari muflis di akhirat. Mereka menikmati pelbagai kemewahan kurniaan Allah SWT di dunia tetapi tidak bersyukur dan mengabaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan mengkhianati amanah sesama manusia.
Dalam mengejar kemewahan, mereka lupa solat, zakat, menunaikan haji dan sebagainya kerana sibuk dengan pelbagai urusan duniawi.
Selain itu, mereka tidak prihatin kepada hak sesama manusia, hak golongan fakir, miskin dan anak yatim.
Malah ada di kalangan kita menzalimi sesama manusia dan ketahuilah bahawa gaya hidup sedemikian akan menjadikan mereka muflis di akhirat.
Dalam kehidupan sehari- hari kita perlu berhati-hati supaya tidak melakukan dosa, terutama dosa sesama manusia.
Perlu difahami bahawa kehidupan di akhirat lebih perlu diutamakan kerana ia kehidupan yang kekal abadi. Kesejahteraan di akhirat memerlukan persiapan dan usaha yang lebih terancang dan konsisten.
Oleh itu, sebelum menjadi ‘muflis’ di akhirat, sama-sama kita menghitung diri kita, adakah sudah berada dalam gaya hidup yang diredai Allah atau gaya hidup yang dimurkai Allah.
Andainya kita dalam keredaan-Nya, kita pertingkat dan gandakan lagi supaya ia lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.
Andainya kita menderhaka kepada Allah, segeralah bertaubat dan kembali ke jalan Allah, mudah-mudahan kita diampuni Allah dan dilimpahi kehidupan akhirat yang penuh dengan nikmat sebagaimana firman Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 133 yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu, dan Syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.”
Sumber rujukan:
Perpustakaan BAKA IPK KEDAH
(Metro 21 November 2010)
Qiamullail - Penjana Jati Diri Mukmin
Mukaddimah
Fizikal, intelek, emosi dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan. Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan daripada sifat mazmudah. Rohani pula dapat dibina dengan memperbanyakkan Ibadan ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.
Oleh itu Qiamullail merupakan salah satu cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jati diri setiap mukmin. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.
Pengertian
Qiamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
Sejarah Qiamullail
Pada awalnya qiamullail wajib bagi Rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10). Namun setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad bagi setiap Amat Islam. Namur ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (lihat surah al-Muzammil 20)
Hikmah Qiamullail
-Meningkatkan keimanan individu
-Meninggikan darjat di sisi Allah
-Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
-Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
-Melatih diri menjadi insan bertakwa
-Melatih diri memperbanyakkan amalan sunat
-Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
-Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
-Melatih diri mengharap keredhaan Allah
-Memberi ketenangan jiwa (emosi)
-Memberi kesihatan(fizikal)
-Menajamkan akal fikiran
-Meneguhkan kekuatan rohani
-Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepada-Nya
-Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap)kepada Allah
-Dan lain-lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-Nya yang ikhlas dan istiqamah
Kelebihan Qiamullail
-Dimakbulkan doanya dan masin perkataan
-Tenang hati dan fikirannya
-Dimurahkan rezeki
-Dihormati masyarakat
-Dilindungi Allah daripada khianat manusia
-Jika dia pemimpin, dia akan disegani
-Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah. Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya).
Waktu-Waktu Qiamullail
Waktu untuk solat malam ialah selepas Isya’ sehingga sebelum masuk Subuh. Bagi solat Tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.
”Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.”
H.R. Jamaah selain At-Tirmizi
Panduan Bangun Awal
-Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berta selepas waktu Isya’.
-Tidak bekerja terlalu penat pada waktu siang
-Elakkan diri daripada melakukan maksiat
-Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
-Membaca tiga ayat terakhir surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan
-Mematuhi adab-adab tidur
Adab-adab Qiamullail
-Berniat sebelum tidur untuk Qiamullail
”Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya.”
H.R. an-Nasai dan Ibn-Majah
Sanad Dahih dairpada Abu Darda’ R.A.
-Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
-Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur.
-Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan Qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran.
-Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai.
-Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiamullail.
”Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah.”
H.R. Abu Daud
Sanad Sahih drpd Abu Hurairah R.A.
-Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk.
-Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
-Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.
Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail
-Solat sunat Tahajjud
”dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di tempat yang terpuji.”
Al-Isra’ 79
”Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam”
H.R. Muslim
-Solat sunat tasbih, taubat, istikharah, hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak dan solat sunat yang lain.
-Solat witir
-Berzikir, bertasbih dan bertahmid
-Membaca al-Quran
-Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.
Penutup
Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang-orang soleh dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik-baik ganjaran, nikmat dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.
Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ’abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka? Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu?... ... .
Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah S.W.T. dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang dipikul..Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita... ... ..dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita...
Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan, kemungkaran, kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang, yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini? Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi..
ISRA' dan MIKRAJ-Iktibar kembara agung ke langit
WALAUPUN setelah 40 tahun angkasawan Niel Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, rahsia langit luas masih kekal rahsia. Ia masih belum dapat dijangkau oleh akal manusia.
Malah manusia juga masih tidak mampu untuk memikirkan sesuatu kecuali berdasarkan apa yang dapat dicapai oleh pancaindera. Justeru itu, wahyu dan pertolongan Allah SWT sahaja yang boleh merungkai rahsia alam ini.
Sebagai contoh, peristiwa kembara agung perjalanan Rasulullah SAW ke langit. Ia menjadi bukti kepada orang yang beriman betapa Allah SWT sememangnya "Maha Berkuasa". Allah menjemput kekasihnya, Nabi Muhammad SAW menerusi suatu perjalanan menakjubkan dari Masjidilharam di Mekah, melalui ruang udara Madinah kemudian menuju ke Baitulmaqdis di Palestin.
Baginda kemudiannya dibawa naik melepasi langit ke tujuh untuk bertemu zat Allah SWT. Semua perjalanan itu hanya dilakukan dalam tempoh satu malam sahaja.
Peristiwa menakjubkan ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam firmannya: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Isra', Ayat 1).
Sehubungan itu, umat Islam diminta agar tidak menjadikan peristiwa ini sebagai acara peringatan tahunan yang hanya dipenuhi dengan sesi ceramah dan juadah enak sahaja tanpa berusaha untuk mengambil pelajaran daripada peristiwa itu.
Ini kerana banyak kewajipan agama sama ada yang tersurat mahupun tersirat boleh dijadikan pedoman untuk manusia memperkuatkan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah SWT. Antaranya ialah:
*Beriman dengan perkara ghaib
Peristiwa Israk Mikraj merupakan peristiwa ghaib yang pernah menyebabkan sebilangan masyarakat Arab menjadi murtad. Ini kerana mereka tidak dapat menerima perkhabaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW mengenai perjalanannya itu.
Apa tidaknya, perjalanan yang biasanya mengambil masa berbulan-bulan - Mekah ke Madinah ke Palestin - hanya dilakukan oleh Baginda dalam tempoh satu malam sahaja.
Namun perkara itu tidak boleh hanya disandarkan kepada logik akal semata-mata kerana peristiwa itu adalah benar dan telah ditempuhi sendiri oleh Rasullah SAW.
Maka, setiap umat Islam wajib percaya dengan perkara-perkara ghaib yang menjadi asas tauhid kepada Allah SWT. Ia bukanlah sesuatu yang begitu sukar, kerana di dunia ini terdapat banyak perkara yang dibuktikan oleh sains wujud tetapi tidak terlihat oleh pandangan mata kasar.
Contohnya, oksigen yang dihela oleh manusia setiap masa. Ia wujud walaupun tidak kelihatan pada mata kasar. Malah kewujudan oksigen dibuktikan secara saintifik dan ternyata sangat penting kepada manusia sebagai unsur utama untuk meneruskan hidup.
*Perintah wajib mengerjakan sembahyang
Ibadah sembahyang yang difardukan oleh Allah SWT pada malam Israk dan Mikraj itu merupakan suatu kaedah unik yang diadaptasikan daripada perlakuan malaikat bagi melaksanakan tanggungjawab ibadah kepada Allah SWT.
Setiap umat Islam wajib melaksanakan perintah ini. Dalam apa jua situasi tanpa sebarang persoalan atau bantahan. Sembahyang lima waktu yang difardukan oleh Allah SWT juga merupakan tiang agama yang wajib dilaksanakan dengan penuh rasa khusyuk sambil mengharapkan keredhaan-Nya.
Bahkan ia termasuk perkara pertama yang akan dihisab di Hari Kemudian. Pelbagai hukuman disediakan oleh Allah SWT kepada mereka yang ingkar. Ia sebenarnya cukup untuk menjadi ingatan agar orang Islam tidak melalaikan segala suruhan-Nya. Gambaran azab dengan menghantuk-hantukkan kepala ke dinding hanya kerana leka dan malas mengerjakan sembahyang cukup menjadi bukti betapa ibadah itu sangat penting dalam kehidupan seorang muslim.
*Wajib percaya dengan Hari Kiamat
Perlu difahami bahawa kehidupan dunia hanya sementara. Semua manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk diperhitungkan segala perlakuan semasa di dunia. Berdasarkan gambaran dunia laksana wanita tua yang uzur dan tidak berdaya yang dipertontonkan kepada Nabi Muhammad SAW di malam Israk dan Mikraj, dunia kini diambang kehancuran.
Oleh itu, setiap orang Islam bukan sahaja wajib percaya dengan Hari Kiamat tetapi diperintahkan untuk membuat persiapan berupa bekalan amal kebajikan bagi menghadapi hari yang maha dahsyat itu.
Individu Muslim disaran agar meletakkan diri sebagai seorang pengembara yang dalam perjalanan bertemu Allah SWT. Sebagai pengembara kita perlu membawa pelbagai bekalan. Amal ibadat dan kebajikan yang dilakukan semasa di dunia merupakan bekalan kita ketika menuju ke akhirat bagi mengelak kesulitan untuk sampai ke destinasi yang dituju itu.
Selain itu, persembahan hadiah berupa amalan ibadah kepada Allah SWT juga mesti disediakan agar beroleh kebahagiaan yang kekal lagi abadi.
*Wajib percaya dengan azab Tuhan
Pelbagai seksaan ditunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Israk dan Mikraj tersebut. Antaranya akibat perbuatan zina, makan riba, ingkar menunaikan solat dan kewajipan berzakat, berdusta serta pecah amanah. Ia membuktikan betapa Allah SWT berkuasa untuk menghukum hamba yang ingkar dan hidup bergelumang dosa.
Semua gambaran itu diharap menginsafkan umat Islam agar sentiasa menjauhi dosa yang mengundang kemurkaan Ilahi.
Di sudut lain, gambaran kurniaan Ilahi kepada satu kaum yang menanam tanaman dan menuai pada hari yang sama seharusnya menjadikan individu Muslim memiliki semangat juang yang tinggi terutama ketika berdepan dengan godaan syaitan iaitu musuh utama kita.
*Wajib percaya dengan qada dan qadar
Dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini, manusia berdepan dengan dugaan dan rintangan yang mematangkan jiwa. Biasa didengar ada orang yang beroleh kenikmatan dan terdapat pula yang ditimpa musibah.
Nabi Muhammad SAW juga tidak lekang dengan pelbagai ujian. Ini kerana Baginda juga merupakan manusia biasa.
Sebelum dijemput naik ke langit, Nabi Muhammad SAW diuji dengan kehilangan dua individu penting dalam karier dakwahnya iaitu isterinya, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib.
Tetapi Baginda tetap tabah menghadapi ujian itu sehingga diberi ganjaran dengan dipertemukan dengan zat Allah pada malam Israk dan Mikraj yang penuh keberkatan.
Maka selayaknya umat Islam mencontohi Nabi dengan menerima segala qada dan qadar Ilahi tanpa terlalu bersedih apabila ditimpa musibah ataupun terlalu bergembira apabila diberi kenikmatan kerana ia suatu bentuk penilaian Allah SWT kepada hamba hamba-Nya.
Terdapat pelbagai lagi iktibar dan pengajaran daripada peristiwa Israk dan Mikraj yang boleh diperolehi oleh sesiapa yang dibukakan hatinya oleh Allah SWT. Namun yang lebih utama, janganlah kita hanya berseronok merayakan pelbagai hari kemuliaan Islam tanpa merenung pelajaran di sebalik setiap peristiwa berkenaan.
Marilah kita mensyukuri segala nikmat itu dengan mempertingkatkan amal ibadat dan kebaikan demi menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON: Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru
--sumber: PERPUSTAKAAN ILMU BAKA IPK--
Surah Al-Waqiah (Bacaan Syeikh Abdul Rahman Sudais)
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafaz Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Hadith kelebihan Surah Al-Waqiah
1.Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
2.Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
3.Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
4.Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
#klik untuk penerangan selanjutnya
#Abdul Rahman Al-Sudais adalah Imam Masjidil Haram Mekah
# Masjid Al-Haram Mekah
# Kaabah dan Batu Hitam (Hajarul Aswad)
Doa Qunut Nazilah
Download Doa Qunut Nazilah.
Klik LINK Dibawah
http://www.zshare.net/download/561388697b0a46ae/
atau www.islam.gov.my (klik pada bahagian carian terpanas jakim) Read more...
Apa itu Valentine???
Mutaakhir ini, apabila tiba sahaja bulan Februari akan timbullah pelbagai iklan, promosi, tawaran hebat, dan lain-lain lagi bagi meraikan ketibaan Valentine Day pada 14 Februari.
Walaupun kebanyakan masyarakat awam dinegara kita tahu tentang sambutan Valentine ini sebagai Hari Kekasih tetapi hanya sedikit daripada mereka yang tahu tentang asal usul sambutan ini.
Sejarah Valentine
Berdasarkan kepada maklumat-maklumat di atas, adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila sambutan ini juga disambut oleh muda-mudi Islam. Semoga semua pihak sedar tentang kesan negatif daripada sambutan ini kepada masyarakat dan megambil langkah yang sewajarnya bagi membendung budaya asing ini dari terus berkembang.
(sumber: Al-Islam Februari 2009)
Empat Surah Pilihan (Februari)
Maksudnya: 1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, 2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. 3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah. 4. Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, 5. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah. 6. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."
Maksudnya: 1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. 2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. 3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, 4. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."
Maksudnya: 1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh, 2. Dari kejahatan makhluk-Nya, 3. Dan dari kejahatan malam apabila Telah gelap gulita, 4. Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul[1609], 5. Dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki." [1609] Biasanya tukang-tukang sihir dalam melakukan sihirnya membikin buhul-buhul dari tali lalu membacakan jampi-jampi dengan menghembus-hembuskan nafasnya ke buhul tersebut.
Maksudnya: 1. Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. 2. Raja manusia. 3. Sembahan manusia. 4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, 5. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia. 6. Dari (golongan) jin dan manusia.
PELINDUNG DI WAKTU TIDUR
Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur,
diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah
Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman
tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali
untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan
lain-lainnya dengan izin Allah swt. Bacalah 40 kali
surah ini selepas solat Maghrib dab sunatnya untuk
memohon sesuatu yang baik kepada Allah swt, InsyaAllah
hajatnya akan termakbul.
PENYEMBUH SIHIR
SURAH AN-NAS DAN SURAH AL-FALAQ
Jika terkena sihir atau perbuatan orang, bacalah 41
kali setiap hari selama 3, 5, atau 7 hari secara
berturut-turut. InsyaAllah akan sembuh.
KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS
Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas semasa dalam kesakitan
yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan
terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan
ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya
sehingga melepasi sirat menuju ke syurga. [Riwayat
Al-Tabrani]
FADHILAT SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun maka
bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran,
disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan
syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
HADITH KELEBIHAN AL QURAN
1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )
2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )
3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )
4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.( Riwayat Bukhari & Muslim )
5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin
yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap.
Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu
yang tiada bau dan rasanya pahit.( Riwayat Bukhari & Muslim )
6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.
( Riwayat Muslim )
7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya
siang dan malam.( Riwayat Bukhari & Muslim )
8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W.
dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim )
9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W.bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )
10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )
11. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia
tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta
demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.( Riwayat Muslim )
12. Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.( Riwayat Muslim )
13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad.( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie & Ibnu Majah )
14. Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka
berdoa dengannya.( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )
15. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )
TARANNUM & SURAH AL-FATIHAH (Januari)
Sebagai panduan dan peringatan kepada semua qari dan qariah yang bakal menyertai pertandingan Tilawah peringkat PDRM. Kami dari Baka IPK Kedah ingin berkongsi sedikit ilmu tentang tarannum, semoga dengan penerangan dan contoh bacaan dari Qari dan Qariah yang tersohor ini akan dapat menjadi panduan dalam memantapkan lagi bacaan anda. Semoga mendapat manfaat dan berjaya menghayatinya.
PENGENALAN TARANNUM
Tarannum adalah suatu ilmu atau qaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.
Irama: alunan atau bentuk bunyi.
Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:
ما أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن.(رواه البخارى“Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.
GAMBAR QURRAK
1. Fardhu (kifayah) – jika hanya dengan berlagu sahajalah masyarakat ingin mendekati Al-Quran.
2. Sunat – jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus – untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh – jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
5. Haram – jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.
Sabda RasuluLlah SAW:
اقرؤوا القرأن بلحون العرب وأصواتها، وإياكم ولحون أهل الكتابين وأهل الفسق، فإنه سيجئ بعدي قوم يرجعون بالقرأن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح. لا يجاوز حناجزهم مفتونة قلوبهم وقلوب من يعجبهم شأنهم. (رواه الطبرني والبيهقي)
HIMPUNANAN BACAAN SUMEYYE ADDEB (klik disini)
BERIKUT ADALAH MAKNA DAN HURAIANNYA
MAKNA AL-FATIHAH
1. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang[1].
2. Segala puji[2] bagi Allah, Tuhan semesta alam[3].
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai[4] di hari Pembalasan[5].
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah[6], dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan[7].
6. Tunjukanlah[8] kami jalan yang lurus,
7. (yaitu) jalan orang-orang yang Telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[9]
HURAIAN AL-FATIHAH
[1] Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah Ini dengan menyebut nama Allah. setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih haiwan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak mengharapkan makhluk-Nya, tapi makhluk yang mengharapkan-Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan kurnia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang Ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
[2] Alhamdu (segala puji). memuji orang adalah Kerana perbuatannya yang baik yang dikerjakannya dengan kemahuan sendiri. Maka memuji Allah bererti: menyanjung-Nya Kerana perbuatannya yang baik. lain halnya dengan syukur yang bererti: mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah Kerana Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.
[3] Rabb (Tuhan) bererti: Tuhan yang ditaati yang Memiliki, mendidik dan Memelihara. Lafal Rabb tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah). 'Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan macam, seperti: alam manusia, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. Allah Pencipta semua alam-alam itu.
[4] Maalik (yang menguasai) dengan memanjangkan mim,ia bererti: pemilik. dapat pula dibaca dengan Malik (dengan memendekkan mim), ertinya: Raja.
[5] Yaumiddin (hari Pembalasan): hari yang diwaktu itu masing-masing manusia menerima pembalasan amalannya yang baik mahupun yang buruk. Yaumiddin disebut juga yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa' dan sebagainya.
[6] Na'budu diambil dari kata 'ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, Kerana berkeyakinan bahawa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.
[7] Nasta'iin (minta pertolongan), diambil dari kata isti'aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.
[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. yang dimaksud dengan ayat Ini bukan sekadar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.
[9] yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Read more...
Fatwa Yoga
Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga.
Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.
Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.
Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:
(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.
Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis.

The Fatwas of Religious Council in Islamic affairs which took place on 22-24, 2008 in Kota Bharu Kelantan included Yoga cases in their agenda. After carefully studied various reports and factual data, the Council unanimously agreed that this ancient India religious teachings, which involves physical and mental exercises, are Hinduism in nature known as wahdat al-wujud philosophy (oneness of existence; the realization of identity between the Self in man, Atman; and the Divine, BRAHMAN: ‘Brahman is all, and Atman is Brahman). It is prohibited (haram) for Muslims to practice it.
The Council unanimously agreed that whatever actions or conceptions imitate the Yoga’s teachings such as to practice the asana yoga or self annihilation (nirvana) is against the Islamic faith. Any physical activities which apparently not Hinduism in nature, are not included in these Fatwas. Anyway, Muslims have to be fully aware in order their religious faith and practices not to be jeopardized. One has to be conscious that one of these three elements can effect Muslim’s faith:
- Believe in heart;
- Verbal confessions; and
- Actions
In view these elements contained in the teachings of yoga, Muslims are advised not to be involved into them so as their faith is not eroded.
The end.......
sumber: www.islam.gov.my (Laman Web Rasmi JAKIM)
Read more...
Contoh-Contoh Mukhadimah(Ayat Permulaan Ucapan)
Kami diBAKA PDRM Kedah ingin berkongsi sedikit maklumat, disini disertakan contoh-contoh Mukhaddimah atau Ayat permulaan Ucapan yang boleh diguna-pakai ketika memulakan Ucapan sesuatu Majlis Rasmi ataupun Separuh Rasmi;
Mukhaddimah Ringkas

Mukhaddimah Sederhana Panjang





































