Hadith Pilihan Hari Ini...

Surah Al-Waqiah (Bacaan Syeikh Abdul Rahman Sudais)



Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafaz Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Hadith kelebihan Surah Al-Waqiah

1.Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

2.Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

3.Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

4.Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”


#klik untuk penerangan selanjutnya
#Abdul Rahman Al-Sudais adalah Imam Masjidil Haram Mekah











# Masjid Al-Haram Mekah


















#
Kaabah dan Batu Hitam (Hajarul Aswad)

Contoh-Contoh Mukhadimah(Ayat Permulaan Ucapan)

Bagi memberkatikan lagi setiap majlis seperti mesyuarat,taklimat,perhimpunan mahupun ucapan ringkas, seeloknya dimulakan dengan memuji Allah s.w.t dan ucapan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kami diBAKA PDRM Kedah ingin berkongsi sedikit maklumat, disini disertakan contoh-contoh Mukhaddimah atau Ayat permulaan Ucapan yang boleh diguna-pakai ketika memulakan Ucapan sesuatu Majlis Rasmi ataupun Separuh Rasmi;
(klik pada Mukhaddimah untuk Paparan yang lebih Jelas)

Mukhaddimah Ringkas


Mukhaddimah Sederhana Panjang



Mukhaddimah & Doa yang Panjang


Penyelarasan Doa-Doa Peringkat Kontinjen Kedah




DOA PERHIMPUNAN BULANAN



DOA MESYUARAT



  © Blogger template Ramadhan Al-Mubarak by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP